+ Reply to Thread
Page 1 of 2
1 2 LastLast
Results 1 to 20 of 24

Thread: sejarah tahun baru cina....

Threaded View

  1. #1
    Moderator sabah_gurl87's Avatar
    Join Date
    Nov 2008
    Location
    RuN nOw
    Posts
    841

    sejarah tahun baru cina....

    Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.

    Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

    Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.

    Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina.

    SEJARAH

    Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas. Ada kemungkinana bahawa awal tahun bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12 ketika Dinasti Shang, dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah diketahui bahawa "bulan lompat" yang dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari dengan matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut catatan tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou (menurut Sima Qian). Maharaja pertama China Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM. Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau kedua-duanya, itu tidak diketahui. Pada 104 SM, Maharaja Wu yang memerintah sewaktu Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal sampai masa ini.

    MITOS

    Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nián (年) ialah seekor raksasa pemakan manusia dari pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah laut), yang muncul setiap 12 tahun, sekitar musim sejuk, untuk memburu manusia. Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar menahan bunyi bising dan warna merah, maka mereka mengusirnya dengan letupan, bunga api dan penggunaan warna merah secara meluas. Adat-adat inilah yang membawa kepada perayaan Tahun Baru yang sulung. Guò nián (Cina Tradisional: 過年, Cina Ringkas: 过年), yang bermaksud "menyambut tahun baru", membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian".

    SAMBUTAN PERAYAAN
    Sambutan Tahun Baru Cina ditandakan oleh penziarahan ahli kelaurga saudara-mara dan sahabat, serta penggunaan warna merah yang berlebihan. Ang pau diberi kepada orang muda dan kanak-kanak oleh orang tua dan yang telah kahwin.

    Sebelum Tahun Baru

    Pada hari-hari sebelum Tahun Baru, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina.

    Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula. Hidangan yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan sempena jamuan ini. Di China utara, adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan ini. Ladu melambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa tongkol emas Cina. Ang pau bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan semula. Paket ini sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah dan kehormatan.

    *Hari pertama

    Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi. Kebanyakan orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha, menghindari diri daripada memakan daging pada hari ini kerana adalah dipercayai bahawa ini memastikan mereka akan lanjut usia.[4]

    Paling penting sekali, hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa apabila keluarga Cina menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam seluruh keluarga mereka, biasanya ibu bapa, datuk nenek atau moyang.

    Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.

    *Hari ke-2

    Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun" (Cina Tradisional: 開年, Cina Ringkas: 开年, kāi nián) menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka.[5] Menurut tradisi, anak perempuan yang telah kahwin mungkin tidak banyak berpeluang menziarahi keluarga kandung sendiri.

    *Hari ke-3

    Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk menziarahi saudara mara atas kepercayaan berikut:

    Hari ini dikenali sebagai "mulut merah" (赤口 chì kǒu), yang bermaksud bahawa adalah amat mudah untuk terlibat dalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai untuk ziarah-menziarahi, sebaliknya berdiam di rumah sahaja[5] Keluarga yang mengalami kematian ahli terdekat dalam jangka masa tiga tahun lalu tidak akan menziarahi rumah sesiapa sebagai tanda penghormatan kepada si mati. Hari ketiga Tahun Baru wajar dijadikan hari menziarahi kubur.

    *Hari ke-5

    Di bahagian utara China, ladu (Cina Tradisional: 餃子, Cina Ringkas: 饺子, jiǎozi) dijadikan sarapan pada pagi "pecah lima" (破五, pò wǔ). Ini juga merupakan ulang tahun hari lahir Cai Shen, dewa kekayaan Cina. Di Taiwan, perniagaan biasanya dibuka semula pada hari tersebut dan diserikan oleh pemetik api.

    *hari ke-7

    Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai (人日, pinyin: rén rì, Kantonis: yan yat), iaitu hari yang mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan kalendar qamari Cina.

    Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung, yee sang, dimakan. Kaum sekeluarga berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi menambahkan kekayaan dan kemakmuran. ini merupakan adat resam yang terutamanya diamalkan oleh kaum Cina di rantau Asia Tenggara, seperti Malaysia dan Singapura, tetapi jarang diamalkan oleh kaum Cina di merata dunia selain rantau tersebut.

    Hari ke-9

    Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah Maharaja Jed di Kayangan (天公 tiān gōng) di tokong agama Tao.

    Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai "tahun baru" suku kaum Hokkien. Apabila tibanya tengah malam pada hari kelapan tahun baru, suku Hokkien menyembahkan doa syukur kepada Maharaja tersebut. Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah digunakan untuk melindungi suku Hokkien dari ancaman penghapusan beberapa generasi lalu.

    Teh dituang sebagai adat bagi menghormati orang ternama.

    *Hari ke-15

    Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai Yuánxiāo jié (Cina Tradisional: 元宵節, Cina Ringkas: 元宵节), atau Chap Goh Mei (十五暝) dalam bahasa Hokkien, versi Cina bagi Hari Valentine. Tāngyuán (Cina Tradisional: 湯圓, Cina Ringkas: 汤圆), bebola pulut manis dalam sup, dimakan pada hari ini. Bergantung kepada amalan setempat, hari yang sama ini juga dikenali sebagai Perayaan Tanglung.

    -------------hehehhehehe--------------------------

    hepi chinese nuyer!!!

    (^_*)

  2. #2
    Sahabat baik_corp's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    kl
    Posts
    52

    hebat ye ko ye....nak tanye bule?sejarah hari raya puasa cm ne?

  3. #3
    Moderator PALLMALL's Avatar
    Join Date
    Nov 2008
    Location
    .:Tuaran Sabah The Land Below The winds :.
    Posts
    4,248

    sabah_gurl sambut tahun baru cina ka..hmm.. :D

  4. #4
    Moderator sabah_gurl87's Avatar
    Join Date
    Nov 2008
    Location
    RuN nOw
    Posts
    841

    baik_corp..yeaa....terer kann...

    sejarah hari raya puasa sa paparkan pada sesi akan datang..

    ikut masa la bah cik abg oii...

    (^_*)

    adaka sekarang...

    insya allah pada bulan ramadhan...

    jan risau..

    untuk pallmall...<----yeaa...sambut bah...

    integrasi kann...kena hormat perayaan masy lain..

    ekekeke...kita kan hidup bermasyyarakat d malaysia..

    lau ble...mo juga belajar tarian singa..

    hihihi...

  5. #5
    Moderator PALLMALL's Avatar
    Join Date
    Nov 2008
    Location
    .:Tuaran Sabah The Land Below The winds :.
    Posts
    4,248

    Owhh...so ang pow tahun ni dpt brapa..hehe.. :D

  6. #6
    Moderator Pitt's Avatar
    Join Date
    Nov 2008
    Location
    Malaysia
    Posts
    210

    ang pow tahun ni daya dapat RM15. haha. sekarang musim kegawatan ekonomi. Tiada urang mau bg uwang yang banyak suda

  7. #7
    Moderator kuntoi's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    kotakinabalu sabah.
    Posts
    1,042

    thanks for the info... hehe.... /me angpau tahun nie lumayan oo.... hehe.. 3hari balik kg... mo jua rm 1000++ haha.... tp menang men judi lah... klu harap nak org bg.. dah terlambat... tua daaa... hahahaha.....

  8. #8

    Quote Originally Posted by Pitt View Post
    ang pow tahun ni daya dapat RM15. haha. sekarang musim kegawatan ekonomi. Tiada urang mau bg uwang yang banyak suda

    Kamu kan dah kawin mengikut adat resam masyarakat tiong hua, orang yang belum berkahwin sahaja boleh mendapat ang pow.

  9. #9
    Moderator Pitt's Avatar
    Join Date
    Nov 2008
    Location
    Malaysia
    Posts
    210

    dapat sebab ziarah rumah org.

  10. #10
    Moderator sabah_gurl87's Avatar
    Join Date
    Nov 2008
    Location
    RuN nOw
    Posts
    841

    wahhh...

    banyak juga kuntoii...

    /me dapat limau mandrin saja..

    hehehhehe...

    nda pa la kan..

    yang penting kita meraikan dengan hepi..

    hehehhe...

    kesian pitt...rm 15.. tapi kami lagi kasian..

    hihihihi

    (^_*)

  11. #11
    Moderator PALLMALL's Avatar
    Join Date
    Nov 2008
    Location
    .:Tuaran Sabah The Land Below The winds :.
    Posts
    4,248

    wow...lumayan juga ang pow c kuntoi..bleh share ka tue..kewoekwoekwoew../me xda angpow..hehe..limau ja.. :D

  12. #12
    Sahabat Lama gecko's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    keningau
    Posts
    160

    tumpang happy CNY juga lah, sbb kena bagi cuti kan heheheh. tapi wah hampir semua kedai tutup woh. semua lowpan lowpan cuti. adoi...

  13. #13
    Sahabat Sejati babyJE's Avatar
    Join Date
    Oct 2008
    Location
    Miri, Sarawak
    Posts
    670

    uhukssss terkandung dalam mana2 buku sejarah kah ini... buku sejarah apa?? sejarah malaysia, atau tamadun asia atau apa-apa???

  14. #14
    Moderator sabah_gurl87's Avatar
    Join Date
    Nov 2008
    Location
    RuN nOw
    Posts
    841

    eyya ba..

    d ranau pun cuti berabis ne kebanyakan kadai dia..

    adeii...sib bekla nda banyak sa mo beli2 time cuti...

    /me limau mandrin pun siuk ba'

    (^_*)

  15. #15

    sa ni single lagi ni walaupun sikit tua. Buli ka berkenalan?
    nama ku seman

  16. #16
    Moderator sabah_gurl87's Avatar
    Join Date
    Nov 2008
    Location
    RuN nOw
    Posts
    841

    ea..

    hihihi...

    da kawen ka pla dia..

    ekeeke..

    ketahuan

    (^_*)

  17. #17
    Moderator PALLMALL's Avatar
    Join Date
    Nov 2008
    Location
    .:Tuaran Sabah The Land Below The winds :.
    Posts
    4,248

    hahahaha.. :P

  18. #18
    Moderator sabah_gurl87's Avatar
    Join Date
    Nov 2008
    Location
    RuN nOw
    Posts
    841

    ko ketawa2 ne pallmall

    ko pun kawen da ka..???

    wahh..

    sapa lagi pla single sini ne?

  19. #19
    Moderator PALLMALL's Avatar
    Join Date
    Nov 2008
    Location
    .:Tuaran Sabah The Land Below The winds :.
    Posts
    4,248

    /me single apa...hehehe.. :)

  20. #20
    Moderator sabah_gurl87's Avatar
    Join Date
    Nov 2008
    Location
    RuN nOw
    Posts
    841

    ya ka pallmall??

    single masi ka...??

    lebai...berapa sikit uda tua mu rr???

    ehehehhehehehhehe....

    ndapa bah.

    meh ta berkenalan...

    (^_*)

+ Reply to Thread

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

     

Similar Threads

  1. Waspada sambut tahun baru
    By PALLMALL in forum Bincang Agama
    Replies: 11
    Last Post: 12-30-2008, 01:03 PM
  2. Gambar Dato’ Siti Nurhaliza Masa Tahun 1998 Dan 2008
    By kuntoi in forum Muzik dan Movie
    Replies: 3
    Last Post: 12-28-2008, 10:19 AM
  3. Diana Danielle Seksi Nye Walaupun Berumur 17 Tahun
    By kuntoi in forum Muzik dan Movie
    Replies: 3
    Last Post: 12-28-2008, 10:14 AM
  4. Selamat Pengantin Baru Pitt!
    By Iced in forum Kedai Kopi
    Replies: 8
    Last Post: 12-22-2008, 02:24 PM

Tags for this Thread

Bookmarks

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts