23rd October, 2009
KOTA KINABALU: K-Borneo iaitu sebuah portal khas tentang Kepulauan Borneo akan dilancar tidak lama lagi melibatkan Sabah, Sarawak, Brunei dan Indonesia.
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman berkata, portal tersebut akan menyedia informasi lengkap mengenai keunikan dan keistimewaan yang terdapat di kepulauan berkenaan.
“Portal ini akan menyediakan akses dan sebarang bentuk pertukaran maklumat tentang Borneo, selain membantu usaha pen- yelidikan atau kajian tentang kepulauan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Strategi Laut Biru 2009 di Sutera Harbour, di sini kelmarin. Turut hadir penulis buku Strategi Laut Biru, Prof. W. Chan Kim.
Musa berkata, portal itu akan memberi banyak manfaat khususnya Sabah yang te-r kenal dengan pelbagai tarikan tersendiri.
Sementara itu, Chan Kim berkata, salah satu keistimewaan Sabah ialah mempunyai hutan hujan terbesar di Asia dan ketiga di dunia selepas Amerika Syarikat dan Afrika.
Katanya, kekayaan tersebut masih belum dieksploitasi sepenuhnya dan usaha ke arah itu perlu dilakukan sebelum sumber berkenaan lenyap atau diabaikan begitu sahaja.
“Contohnya bidang farmaseutikal, adalah salah satu bidang perniagaan terbesar di dunia, 25 peratus daripada ramuan untuk bidang itu adalah berasal dari hutan hujan.
“Dengan sumber kekayaan hutan hujan dan segala potensi yang ada, Sabah boleh berjaya, terkenal dan mampu menarik pelaburan kerana sumbernya yang banyak,” ujarnya.




Reply With Quote





Bookmarks